UTAMA



 Homeopati atau dalam bahasa Inggerisnya Homeopathy berasal daripada dua perkataan, iaitu "homoios" dan "pathos". Homoios bermaksud "serupa" atau "seumpama"; sementara pathos membawa maksud "penderitaan", "penyakit" atau "perasaan". Dengan kata-kata lain, homeopati merupakan suatu kaedah ataupun sistem terapeutik yang memfokuskan kepada "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa"




Homeopati     
ialah satu sistem perubatan yang menggunakan falsafah cara seraksi: Suatu rawatan yang menyembuhkan pesakit secara semula jadi iaitu mengubat pesakit dengan menggunakan penawar yang mempunyai gejala yang serupa (seraksi.) Penawar-penawar atau ubat yang diberikan kepada pesakit akan merangsang kuasa hayat (vital force) pesakit itu untuk mengambil tindakan penyembuhan ke atas bahagian yang sakit.

Perubatan moden berasaskan kepada penyelidikan sains daripada
pakar-pakar perubatan Homeopatidi seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment